Dalam konteks pendidikan moden,universiti merupakan tempat untuk mempersiapkan diri sebelum menceburi bidang kerjaya. Universiti juga dianggap sebagai pusat melahirkan tenaga kerja berketerampilan untuk turut sama membangunkan negara.Walau bagaimanapun, peningkatan jumlah graduan menganggur belakangan ini menyebabkan kemampuan universiti tempatan memenuhi kehendak pasaran kerja dipersoalkan.