Program pengurusan penanaman padi
secara estet telah berhasil menyatukan
tanah padi seluas 20,186 hektar, iaitu lima
kali ganda saiz Putrajaya dan melibatkan
8,817 pesawah. Pendekatan secara estet
ini dilihat sebagai faktor signifikan yang
menyumbang kepada peningkatan hasil
pesawah yang terlibat, bahkan, terdapat
beberapa pesawah yang berupaya
meningkatkan pengeluaran padi lebih dua
kali ganda dan menyaksikan pendapatan
purata mereka meningkat 19 peratus
semenjak menyertai program ini.