Pertamanya, berlatih menggunakan bahasa. Walaupun kita akan belajar dengan rajin di dalam kelas, kita tidak dapat bercakap-cakap dengan kawan-kawan di luar kelas. Pendek kata, melalui kelas, kita boleh menulis tetapi tidak menjadi pandai untuk bercakap. Oleh kerana itu, kita harus berlatih menggunakan bahasa yang kita belajar. Ketika berjumpa kawan, cuba bercakap banyak. Contohnya, pada masa berjumpa kawan di kantin, jalan balik dan lain-lain, bukan bersalam sahaja, malahan bercakap macam-macam hal. Sambil itu, cuba guna perkataan yang baru. Tegasnya, sentiasa berlatih menyebabkan bahasa jadi baik.