Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat seantero dunia tentang isu pencemaran sungai. Lantaran terlalu sering dihidangkan pembangunan yang semakin rancak, tidak hairanlah jika kita sering tersentak dengan pelbagai permasalahan berkaitan dengan sungai tercemar. Ratusan usaha telah dimulakan sama ada oleh kerajaan mahupun dari organisasi bukan kerajaan. Namun, isu pencemaran sungai ini terus-menerus terpampang di dada akhbar sehingga tidak kelihatan titik noktahnya. Lama-kelamaan, isu ini menjadi semakin dilupakan kerana masyarakat sudah lali dengan berita yang semakin basi. Persoalannya, siapakah yang patut dipersalahkan di atas kerosakan ini?