Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya dengan memberi didikan agama. Remaja haruslah menimba ilmu pengetahuan mengenai agama untuk kepentingan dunia dan akhirat. Menurut Albert Einstein 'agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama, lumpuh'. Pentingnya peranan agama dalam kehidupan manusia. Ibu bapa harus memberi didikan agama yang secukupnya agar remaja tidak terdorong untuk melakukan perkara yang menyumbang kepada dosa kerana agama mengajar kita amar makruf nahi munkar.