sewaktu kecil, puan nirmala suka membantu ibu dan kakaknya di dapur. aktiviti memasak ketika itu agak sukar dan rumit. rempah-ratus seperti cili kering, jintan, kunyit dan ketumbar perlu ditumbuk dahulu kemudian barulah dicampurkan dalam masakan.
puan nirmala suka memasak tetapi dia tidak suka menumbuk rempah-ratus. oleh itu timbul cita-citanya untuk menghasilkan rempah-ratus dalam bentuk serbuk atau basah. beliau mahu menjadikan aktiviti memasak sesuatu yang mudah dan menyeronokkan
.
cita-cita sudah tercapai, kini, dia mempunyai sebuah kilang memproses rempah-ratus. kilangannya dapat mengeluarkan ribuan peket rempah-ratus dan sehari.
puan nirmala telah memudahkan kerja memasak bagai kebanyakan suri rumah. suri-suri rumah dapat menjimatkan masa memasak. mereka boleh memasak dan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.