Perkembangan Bahasa Melayu begitu pesat. Perubahan banyak telah dan sedang berlaku pada Bahasa Melayu. Bentuk-bentuk bahasa terhasil untuk memenuhi keperluan-keperluan semasa, terutama keperluan ilmu.
Aspek morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang penting di dalam Bahasa Melayu. Aspek morfologi memberi penjelasan mengenai struktur kata, bentuk kata serta penggolongan kata. Aspek sintaksis memberi penjelasan mengenai ayat contohnya ragam ayat, polo ayat, ayat tunggal dan juga ayat majmuk.