penyiasatan tenaga buruh/migrasi/sektor infomal 2015
---------------------------------------------------------------------------
dengan segala hormatnya , jabatan perangkaan malaysia sedang menjalankan penyiasatan tenaga buruh/migrasi/sektor informal mulai 1 julai hingga 31 disember 2015 di seluruh negara .
tujuan penyiasatan
-------------------------
tujuan utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul data berkaitan struktur dan taburan tenaga buruh , guna tenaga , pengangguran , migrasi dan sumbangan sektor informal dalam penganggaran keluaran dalam negara kasar (KDNK). penyiasatan ini dijalankan secara sampel yang meliputi lebih kurang 50,000 isi rumah di seluruh negara dan isi rumah tuan/puan adalah merupakan salah sebuah isi rumah yang telah terpilih .