Perbelanjaan untuk kursus kulinari..Saya memilih untuk meningkatkan skill kulinari dengan mengikuti kursus di hujung minggu di hotel terpilih dengan bayaran serendah rm100 mahupun lebih berbanding kursus jangkamasa panjang yang menuntut lebih banyak masa,kursus selama 2 hari mengajar peserta menghasiklan pelbagai jenis pastri dengan menunjukkan kepada peserta secara langsung cara untuk membakar roti,membuat pizza,menghasilkan kuih muih yang lazat dan sedap serta memberikan tips yang mudah dan berkesan serta menjadi kepada peserta program.Pengajar yang bertauliah sangat membantu dalam pembelajaran yang berkesan dan pengalaman beliau yang sentiasa di jadikan sebagai rujukan sangat menolong kami sebagai peserta yang ingin memajukan diri dengan lebih baik dan berkebolehan merencana serta mencipta resepi yang lebih kreatif dan diterima oleh pelbagai pihak.Peserta juga boleh menggunakan segala ajaran untuk menjadi seorang usahawan menggunakan segala bakat yang dimiliki dan potensi dalam diri untuk berjaya di masa hadapan