Saya dan mak saya akan menyambut hari jadi untuk adik saya dengan memesan makanan yang khas untuk dia. Dia amat menyukai BBQ kepak ayam yang dihidangkan oleh Dominos Pizza, jadi kita orang pon pesan set makanan melalui telefon. Selapas tunggu agak 30 minit, pizza pon sampai, oleh kerana saya pemakan sayur, saya pon pesan pizza sayur aje. Mak dan saya tolong mengalihkan barang atas meja, dan letak surat-khabar sebagai pengalas meja, untuk mengelakkan mengotorkan meja. Selepas tu, kita pon susun pizza dan BBQ tu dengan baik, dan tangkap gambar sebagai kenangan. Mak saya pon suap dan kasi adik saya makan, kalau pasal makan BBQ ayam tu, dia erti angkat sendiri, cuma, dia akan kotorkan baju dan mukanya, disebabkan dia tak laku jaga kebersihan didri bila makan. Saya dan mak pon akan ambik gambar dia bila dia makan. Mak juga akan makan bersama, dan kita juaga akan meninggalkan beberapa ketul untuk ayah makan apabila dia balik dari kerja malam nanti.