Stesen kereta Api Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercutanda bagi bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya. Ianya dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan sebagai daya tarikan kepada pelancong.