Malaysia sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak bagi menangani keganasan sedemikian. Buktinya jelas dengan penghantaran kapal perang bagi menjaga keamanan di perairan Teluk Aden dalam menangani masalah lanun. Kapal perang yang dihantar oleh Malaysia itu bukan sahaja memberi perlindungan kepada kapal-kapal milik Malaysia, malah kepada lain-lain negara yang melalui kawasan tersebut.