Barangan untuk kehidupan harian saya dibeli dalam seminggu sekali atau 2 minggu sekali, ia berdasarkan kepada barangan keperluan harian seperti beras, barangan dapur basah seperti sayur,ikan dan sebagainya. baranan keperluan ini sangat diperlukan oleh keluarga saya kerana apabila kita membeli barang di pasar raya dengan kuantiti yang banyak dan pelbagai ia mampu bertahan dan menjimatkan kos makan dan minum seharian berbanding makan di luar yang memerlukan kos dalam RM10 sehari. Saya memilih membeli barangan keperluan di pasar raya Mydin atau Econsave kerana pasaraya ini menawarkan pelbagai harga yang jauh lebih berpatutan berbanding pasaraya yang lain. Pelbagai potongan harga dapat dijimatkan .Kerap kali saya bersama ibu bapa akan ke pasar raya tersebut untuk membeli barang keperluan tersebut. Pemilihan pasar raya yang dapat memberikan pengjimatan itu amat penting dalam mengurangkan kos lebihan dan kita perlu bijak dalam pemilihan barangan keperluan yang dibeli.