Selepas habis menjamu selera, kami pulang semula hotel.Keesokkan harinya, kami pergi membeli- belah seperti pakaia, alat keperluan , barang dapur dan banyak lagi. Tiba-tiba aku berjumpa dengan kawan lamaku semasa membeli - belah. Aku berbual - bual dengannya. Aku mengajaknya pergi ke pusat permianan tetapi dia mempunyai urusan yang lain. Dengan itu kami terpaksa berpisah. Selepas habis membeli-belah kami pulang ke hotel dengan menaiki sebuah teksi. Kami mengemas barang untuk berangkat balik ke Sabah. Kami pun mengembalikan semula kunci bilik kepada kerani di hotel itu.