Rasionalnya inisiatif ini ialah:
Pemegang lesen vokasional yang mempunyai pelbagai jenis lesen vokasional (PSV,GDL dan KONDUKTOR) hanya perlu memegang satu bentuk lesen sahaja.
Untuk memberi kemudahan kepada pemegang lesen untuk mengingati tarikh membaharui lesen memandu vokasional mereka.
Inisiatif ini telah terpakai kepada pemegang lesen memandu kompeten yang telah sedia ada.
Mengurangkan kes pemegang lesen memandu vokasional tidak aktif dan mengurangkan kes rayuan untuk membaharui lesen memandu vokasional yang tamat tempoh melebihi 3 tahun dan
Sebagai alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan yang telah dilaksanakan oleh JPJ.