Selain itu, rakyat turut mempunyai peranan dan tanggungjawab bagi mengekalkan kedaulatan negara terutamanya golongan remaja. Remaja merupakan aset penting bagi menentukan masa depan negara kerana mereka merupakan bakal-bakal pemimpin negara. Oleh itu, mereka hendaklah diberikan pendidikan yang mencukupi agar mereka mempunyai ilmu yang cukup untuk mengambil alih pentadbiran negara. Para remaja juga harus sedar bahawa merekalah yang akan mencorak masa depan negara. Mereka haruslah berbangga kerana dapat menetap di negara bertuah ini. Mereka perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni. Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara