Di samping itu, pihak sekolah haruslah menitikberatkan subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Agama, dan Pendidikan Sivik. Guru-guru yang mengajar subjek-subjek ini boleh menggunakan isu-isu terkini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajran(P&P) sebagai bahan tambahan untuk pengajarn. Ini juga boleh memupuk semangat peka terhadap isu semasa dalam kalangan pelajar.Dengan ini, murid-murid dapat memahami isu ini dengan jelas dan mempunyai perasaan berwaspada.