Internet mempunyai implikasi yang sangat besar kepada gaya hidup masyarakat didunia ini, dimana maklumat yang berguna dapat diakses dengan pantas dan dapat ditentukan setiap berita atau maklumat yang disampaikan mempunyai nilai-nilai yang positif atau pun negatif. Didalam dunia komunkasi serba pantas ini, penggunaan peranti mudah alih dan perkembangan pesat internet memberi impak perubahan yang sangat besar kepada kehidupan manusia, dimana kita dapat berkongsi maklumat walaupun berita itu kecil dan dari cerok rantau dunia yang tidak dikenali. Setiap maklumat diperolehi dapat dinilai oleh kita dan ianya mengubah cara kita berfikir terhadap sesuatu isu itu.