Dari persektif antropologi-sosiologi, khususnya dari aspek epistemologi, slogan unity in diversity merupakan suatu rumusan yang menyimpulkan dan mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka. Perbezaan ini boleh dicirikan oleh unsur agama, etnik, wilayah dan sebagainya. Suasana ini dikaitkan juga dengan penciptaan identiti berdasarkan himpunan sempadan abstrak dan nyata yang telah digarap cipta sesama manusia.
Dari sudut ontologikal pula, perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah, pada umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan dan mungkin juga kemewahan material. Namun, tidak semua yang mahukan keamanan dan kestabilan. Ada pihak yang menggunakan perbezaan sosial itu sebagai pelantar ideologi untuk memperjuangkan kesukuan dan chauvanisme melalui keganasan. Malah, mereka bersedia mengorbankan ribuan nyawa demi menegakkan identiti dan perbezaan sosial. Untuk mendalami kefahaman kita mengenai fenomena ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ menuntut imaginasi sosiologikal yang bersifat global yang membayangkan sebuah idaman dan harapan.
Memang wujud suatu kesedaran nyata yang mempengaruhi psyche manusia sejak zaman-berzaman bahawa mereka tidak ada pilihan, tetapi mesti hidup bersama-sama dengan manusia dan kelompok sosial yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka mesti mencari jalan dan mengatur berbagai-bagai cara supaya perbezaan ini tidak menjadi halangan untuk mereka terus hidup aman damai dan produktif.
Kalaulah ‘perpaduan’ dalam konteks cogan kata ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ itu masih belum wujud dan merupakan suatu cita-cita, idaman dan harapan yang terus-menerus diperjuangkan, apakah sebenarnya yang wujud yang dinikmati oleh sekian ramai manusia di seluruh dunia semenjak kemajmukan menjadi ciri utama masyarakat di seluruh dunia. Perkara ini memerlukan kita membuat suatu anjakan imaginasi sosiologikal daripada yang berpaksikan ‘perpaduan’ kepada yang berpaksikan ‘kesepaduan’.
Dari persektif antropologi-sosiologi, khususnya dari aspek epistemologi, slogan unity in diversity merupakan suatu rumusan yang menyimpulkan dan mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka. Perbezaan ini boleh dicirikan oleh unsur agama, etnik, wilayah dan sebagainya. Suasana ini dikaitkan juga dengan penciptaan identiti berdasarkan himpunan sempadan abstrak dan nyata yang telah digarap cipta sesama manusia. Dari sudut ontologikal pula, perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah, pada umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan dan mungkin juga kemewahan material. Namun, tidak semua yang mahukan keamanan dan kestabilan. Ada pihak yang menggunakan perbezaan sosial itu sebagai pelantar ideologi untuk memperjuangkan kesukuan dan chauvanisme melalui keganasan. Malah, mereka bersedia mengorbankan ribuan nyawa demi menegakkan identiti dan perbezaan sosial. Untuk mendalami kefahaman kita mengenai fenomena ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ menuntut imaginasi sosiologikal yang bersifat global yang membayangkan sebuah idaman dan harapan. Memang wujud suatu kesedaran nyata yang mempengaruhi psyche manusia sejak zaman-berzaman bahawa mereka tidak ada pilihan, tetapi mesti hidup bersama-sama dengan manusia dan kelompok sosial yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka mesti mencari jalan dan mengatur berbagai-bagai cara supaya perbezaan ini tidak menjadi halangan untuk mereka terus hidup aman damai dan produktif. Kalaulah ‘perpaduan’ dalam konteks cogan kata ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ itu masih belum wujud dan merupakan suatu cita-cita, idaman dan harapan yang terus-menerus diperjuangkan, apakah sebenarnya yang wujud yang dinikmati oleh sekian ramai manusia di seluruh dunia semenjak kemajmukan menjadi ciri utama masyarakat di seluruh dunia. Perkara ini memerlukan kita membuat suatu anjakan imaginasi sosiologikal daripada yang berpaksikan ‘perpaduan’ kepada yang berpaksikan ‘kesepaduan’.
正在翻譯中..