menghadiri pelbagai kursus untuk memantapkan skill dan pengetahuan saya di dalam bidang penilaian harta tanah dan pengurusan harta. walaupun berbelanjaan tersebut adalah tinggi tetapi ia dapat memantapkan ilmu semasa yang kita ada. penilaian ini dalah sesuatu yang unik dan seni. saya perlukan banyak pendedahan untuk mendapatkan segala ilmu untuk memantapkan diri di dalam bidang ini. segala keperluan untuk menghadiri kursus ini adalah tanggungjawab saya 100%. kita perlu melabur untuk mendapatkan manfaat akan datang. selain itu, saya jugak sedang berusaha untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang penilaian yang lebih tinggi lagi. ini amat perlu untuk kegunaan masa hadapan. zaman ini sangat pantas bergerak. semua maklumat perlulah yang terkini dan sentiasa dikemaskini untuk kegunaan harian. dengan ini, saya perlu bersedia untuk melakukan perubahan yang agak drastik untuk memulakan langkah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. walaupun saya sudah bekeluarga ia bukan penghalang untuk saya mencapai apa yang saya hajati. malah ia menjadi daya lebih kuat untuk terus mempertingkatkan diri daripada segi ilmu dan jawatan. saya perlu mengejar cita-cita saya untuk menjadi pegawai penilaian yang bertauliah. dengan ini, saya perlu banyak berkorban untuk belajar, menghadiri kursus dan aktiviti yang berkaitan untuk mencapai impian saya