Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah amalan bergotong-royong. Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat. Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat menambah kenalan. Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang tiu terkena penyakit. Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak nakal. Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak faedahnya. Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.