Selalunya orang menganggap bahawa terdapat satu ‘aku’ di dalam kita. ‘Aku’ itu adalah seperti satu roh yang kekal, benar dan unggul. Buddha telah mengatakan bahawa tiada satu benda yang kekal (Anicca). Semua benda tertakluk kepada perubahan. Ini termasuklah kita sendiri.