Kekacauan tercetus semula bila seorang Iban dari kawasan sempadan Kalimantan Belanda dibunuh di Sermat pada bulan Disember 1901. Kerajaan mengambil langkah segera memenjara pembunuh-pembunuh tersebut dan membayar pati nyawa[55] kepada keluarga mangsa.[56] Bantin yang ada hubungan kekeluargaan dengan si mati tidak berpuas hati dan mengambil tindakan balas menyerang rumah panjang di Sermat pada bulan Mac dan Mei 1902.[57] Rajah Charles Brooke pula mengambil tindakan tegas menghantar skspedisi menghukum pada bulan Jun 1902. Seramai dua belas ribu askar dan sukarelawan yang terlibat.[58] Ekspedisi ini gagal kerana kemarau panjang. Dianggarkan seribu orang daripada pasukan kerajaan terkorban kerana wabak kolera. Ini merupakan kemenangan kepada Bantin dan mendorong Ngumbang untuk menyertai kumpulan penentang semula.