SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Kita dilahirkan ke dunia ini bukan hanya sia-sia bahkan mempunyai matlamat dan peranan tertentu, iaitu untuk menyembah Allah SWT, menunjukkan rasa keta’atan kepada-Nya, melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi daripada larangan-Nya. Allah SWT meletakkan manusia kepada maqam tertentu dan maqam yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah maqam perhambaan kepada-Nya. Andai kita benar-benar menghambakan diri kepada Allah SWT dengan keikhlasan, pasti kita akan memperolehi kemuliaan di dunia dan di akhirat. Allah SWT meletakkan Nabi Muhammad SAW pada kedudukan yang paling mulia dan agung dan dalam setiap wahyu-Nya, Allah SWT sering memanggil Baginda Rasulullah SAW dengan panggilan ‘al-abd’. Antaranya dalam surah al-Furqan, ayat 1 :