Saya merupan seorang yang tidak terlalu gemarkan barangan berjenama asalkan ia cantik dan tidak terlalu mahal ia sudah cukup bagi saya. Pembelian baju , seluar dan kasut yang melibatkan keperluan diri saya. Saya selalu bersama ibu saya dalam memilih jenis dengan gaya penampilan baju atau kasut yang ingin dipakai.Ibu saya merupakan penasihat yang sentiasa memilih pakaian yang sesuai dan mengikut citarasa saya. Saya sering membawa ibu bersama apabila ingin memilih pakaian yang sesuai untuk saya.Ini adalah salah satu cara dapat megeratkan lagi hubungan antara ibu dan anaknya. Pusat membeli belah seperti Jaya Jusco ipoh atau Ipoh Parade merupakan lokasi yang sesuai bagi saya untuk memilih pelbagai jenama pakaian mengikut kemampuan dan kesesuaian diri. Pusat membeli belah ini merupakan pusat pakaian yang mempunyai pelbagai kedai jualan sendiri dengan rekaan baju seluar mengikut trend terkini.