Kemalangan ialah kejadian buruk yang berlaku tanpa diduga dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Kemalangan di jalan raya kerap berlaku di negara ini terutama dalam keadaan jalan raya sesak dengan kenderaan.Punca kemalangan yang pertama ialah sikap negatif pengguna jalan raya seperti suka memandu dengan laju.Kereta yang dipandu terlalu laju sukar dikawal dan diberhentikan jika terdapat halangan di hadapan.Punca kemalangan yang kedua, terdapat juga beberapa perbuatan pemandu yang boleh menyebabkan kemalangan seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Penggunaan telefon bimbit menyebabkan seseorang pemandu hilang tumpuan dan perhatian.Punca ke,alangan yang ketiga terdapat juga kes kemalangan disebabkan oleh pemandu kenderaan yang mabuk atau berada dalam keadaan khayal kerana pengambilan arak atau dadah. Pemandu yang tidak akan dapat berfikir dengan waras tidak akan dapat mengawal pergerakan tangan dan kaki mereka dengan baik.