Satu pembelian yang sangat bermakna buat kami sekeluarga adalah sebuah lukisan cat minyak yang telah dilukis oleh seorang pelukis terkenal Malaysia Jaafar Taib.Di dalam lukisan itu menggambarkan satu kehidupan burung bangau yang aman dan bahagia.Dengan mengamati hasil lukisan ini,kami berasa seolah-olah kami berhadapan dengan situasi sebenar seperti yang digambarkan kerana lukisan ini amt realistik dan halus sekali.tenang dan damai kami rasakan.Lukisan ini di beli ketika kami sekeluarga pergi melawat balai seni lukis negara dan terlihat lukisan ini dipamerkan.Satu sentuhan yang halus dan menarik dari seorang pelukis memberikan kami sekeluarga ilham untuk memiliki lukisan ini.Kerana minat,cantik dan menarik Lukisan ini kami jadikan ia sebagai sebahagian koleksi lukisan yang sedia ada dan dijadikan sebagai hiasan dalaman di dalam rumah kami.Kami sekeluarga sememangnya peminat lukisan yang dilukis secara manual kerana ianya mempunya nilai-nilai estetika yang tersendiri dimana bukan semua orang boleh melakukannya.Lukisan ini memberi saya ketenangan setiap kali saya melihatnya.Hilang rasa penat dan tekanan di tempat kerja.Kadang-kadang saya tersenyum sendirian dikala merenung hasil lukisan ini.Kami amat bertuah kerana berjaya memiliki hasil lukisan pelukis ini dengan nilai harga yang sangat berpatutan dengan hasilnya.Saya membelinya secara tunai kerana kebetulan saya dan isteri membawa lebih sumber kewangan,jadi dapatlah kami membayarnya secara tunai.Kami amat berpuas hati dengan hasil layanan yang diberikan kepada kami sekeluarga.Lukisan ini akan saya simpan sampai bila-bila selagi hayat masih dikandung badan kerana nilai estetika yang ada padanya.Sebuah lukisan yang dihasilkan secara jujur dan ikhlas akan memberikan kesan yang amat mendalam kepada pemiliknya.Beliau berjaya mengaspirasikan dan menjiwai setiap hasil lukisan yang dilukis dan kerana inilah saya teramat berminat pada hasil kerja halus beliau.JIwa yang tenang akan memberikan kita semangat untuk terus mengharungi cabaran hidup yang bakal mendatang.OLeh itu,hargailah setiap apa sahaja yang kita miliki walaupun hanya sekeping kertas.