dari Segregasi ke integrasi
hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Memahami konsep segregasi dan integrasi dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia.
2. Menilai peranan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di
Malaysia.
3. Menghargai peranan masyarakat dan NGO dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia.
Pengenalan
Segregasi dan integrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Dalam konteks Malaysia, segregasi perlu dielakkan, sebaliknya kita perlu berusaha untuk memupuk integrasi dalam kalangan rakyat. Segregasi berlaku kesan daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British berdasarkan kegiatan ekonomi mengikut etnik. Integrasi antara kaum pula memerlukan usaha dan sokongan daripada semua pihak sama ada secara top-down atau bottom-up dalam merealisasikan negara Malaysia yang unggul menjelang tahun 2020. Kepelbagaian rakyat Malaysia perlu dilihat sebagai aset yang tidak sekadar berjaya memupuk kesepaduan sosialnya, malah menuju ke arah integrasi. Integrasi hanya akan dapat terjelma apabila rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik itu bersedia menerapkan unsur-unsur akomodasi, akulturasi hingga ke peringkat asimilasi dalam kalangan mereka. Persoalannya, apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha membina integrasi pelbagai etnik di negara ini? Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam memupuk dan membina integrasi?
dari Pengasingan ke Penyatuan
Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya, British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini.
Pengalaman segregasi yang pernah dilalui rakyat negara ini turut sama dirasai oleh penduduk di Afrika Selatan. Sungguhpun terdapat perbezaan yang nyata antara kedua-dua negara, tetapi terdapat pengajaran penting tentang kesan negatif amalan segregasi tersebut. Di Afrika Selatan, segregasi yang diamalkan dari tahun 1948 hingga tahun 1994 didasarkan oleh undang-undang yang dikenali sebagai dasar aparteid.
从 Segregasi 到集成学习成果学习这一章之后, 学生可以:1.了解的概念 segregasi 和集成在上下文中的关系在马来西亚的族裔群体。2.评估政府的作用,在促进民族关系马来西亚。3.欣赏社会和非政府组织的关系上下文中的角色在马来西亚的族裔群体。介绍Segregasi 和一体化是两个不同的概念。在马来西亚方面,应避免 segregasi,否则我们需要努力促进人民之间的一体化。Segregasi 发生中断策略的影响和通过英国的顺序基于种族经济活动。种族融合需要自顶向下或自底向上到 2020 年实现该国在舒适和风格的所有缔约方的支持与努力。马来西亚人民的多样性应该视为资产,而不只是社会凝聚力培养,而且也实现一体化。整合将只能够体现人、 包括各族裔群体是愿意执行为您的住宿,其中同化阶段直到 akulturasi 元素。这个问题,努力构建一体化的各族裔群体在这个国家所面临的挑战是什么?在培育和构建一体化政府所采取的措施是什么?从分离到统一Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya, British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. Pengalaman segregasi yang pernah dilalui rakyat negara ini turut sama dirasai oleh penduduk di Afrika Selatan. Sungguhpun terdapat perbezaan yang nyata antara kedua-dua negara, tetapi terdapat pengajaran penting tentang kesan negatif amalan segregasi tersebut. Di Afrika Selatan, segregasi yang diamalkan dari tahun 1948 hingga tahun 1994 didasarkan oleh undang-undang yang dikenali sebagai dasar aparteid.
正在翻譯中..
