Saya tinggal di kawasan bandar Johor Bahru. Kemudahan persekitaran seperti sekolah, pasaraya, taman rekreasi, pusat bandar adalah berdekatan dengan tempat tinggal saya dan ia menjadikan kos sara hidup di sini adalah tinggi. Perkara yang paling saya sukai adalah kemudahan yg terdapat di sini. Tetapi kesesakan dan pencemaran menyebabkan keadaan di sini kurang teratur berbanding kawasan luar bandar. Ini disebabkan pembangunan yang terlalu pesat yang menjadikan kawasan tempat tinggal saya berhabuk dan tidak selesa. Hubungan di antara jiran pula kurang mesra kerana jiran terlalu sibuk menguruskan urusan harian dan tiada kempen-kempen mahupun aktiviti yg dilakukan di kwasan tempat tinggal saya untuk mengeratkan hubungan sesama.