Aku seekor kucing jantan. Namaku Jie Jie. Warna buluku kelabu dan ekorku pula kembang.
Ibuku meninggal dunia sewaktu aku masih kecil. Sejak itu,aku diperlihara oleh tuanku dengan penuh kasih sayang. Nama tuanku Denise.
Setiap hari,aku diberi minum susu dan makan ikan yang digaul dengan nasi. Tuanku sering meluangkan masa bermain denganku. Setiap petang,kami akan bermain bola. Aku seronok mengejak bola di halaman rumah bersama-samanya.
Di rumah tuanku ada banyak tikus.Oleh itu menjadi tanggungjawabku untuk menangkap tikus-tikus itu. Akhirnya,tikus-tikus tidak berani masuk lagi ke rumah tuanku.
Pada suatu hari,aku jatuh sakit. Tuanku terus membawa aku ke klinik haiwan. Di sana aku diberi suntikan dan ubat. Selang beberapa hari aku kembali sihat gembira kerana aku kembali pulih seperti biasa.
Aku bersyukur mempunyai tuan yang baik hati. Aku berjanji akan menggembirakan tuanku sehingga akhir hayatku.