4.2 Proses Pendaftaran
Untuk tujuan memproses setiap permohonan, temuduga, taklimat teknikal dan
lawatan premis akan dijalankan oleh Jabatan. Pihak syarikat dikehendaki untuk
mengemukakan maklumat tambahan sekiranya diperlukan oleh pegawai proses.
Permohonan akan diproses dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh
maklumat lengkap diterima. Keputusan permohonan dibuat berdasarkan kepada
dokumen yang dihantar, laporan pemeriksaan premis dan temuduga. Permohonan
yang tidak lengkap akan ditolak.