Di luar wad bersalin, hospital Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu, Cikgu Saiful kelihatan cemas untuk menunggu kelahiran anaknya. Dalam masa yang agak lama, isterinya berada di dalam wad itu sehingga Cikgu Saiful berasa bimbang. Dia berdoa semoga anak dapat dilahirkan dengan selamatnya. Cikgu Saiful amat sayang akan isteri, Halipah. Dia bertimbang rasa dan simpati akan kesukaran yang dihadapi oleh isteri ketika mengandung. Dia mengimbas kembali tentang isterinya yang mengandung mengidamkan daging rusa. Setelah berusaha payah mencari daging rusa di seluruh Kota Kinabalu, dia tetap tidak dapat mencari daging rusa sehingga dia membeli sup daging arnab untuk membohongi isteri. Tiba tiba namanya dipanggil oleh seorang doktor India yang bernama Vasutheven bahawa isterinya perlu dibedah kerana kandungannya songsang. Setelah menandatangani kebenaran, Cikgu Saiful termenung di bawah pohon semarak api yang rentang. Ketika itu dia diajak oleh seorang doktor berbangsa Melayu untuk bersolat sembahyang. Atas nasihat doktor itu, dia semakin tenang. Di dalam minda, cikgu Saiful hendak menamakan anak lelakinya sama dengan doktor itu, iaitu Doktor Fikri. Jika anak perempuan, namanya akan diserahkan kepada isterinya untuk menentukannya. Kemudian dia diberitahu oleh doktor, anaknya telah selamat dilahirkan. Cikgu Saiful bersyukur lalu menuju ke bilik bayi. Dia meminta kebenaran daripada seorang jururawat Cina untuk bernazar kepada anaknya . Akhirnya dia dibenarkan menjumpainya anaknya. Cikgu Saiful tidak dapat menerima seorang bayi yang berambut kuning emas, dan kulit merah yang jauh berbeza dengan bayi lain. Atas nasihat dan pengesahan doktor dan jururawat, Cikgu Saiful menyesal atas gelagatnya. Dia bernazar kepada anaknya dan menerima kehadiran seorang anak yang cacat dari segi kulit, iaitu anak balar. Ketika isteri terjaga, dia cuba menasihati isteri agar menerima satu kenyataan, iaitu anak mereka merupakan anak balar. Cikgu Saiful memberitahu Halipah bahawa dia hendak menamakan anak mereka Doktor Fikri