Oleh itu, Pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti ‘hovercraft’.