Di bilik pejabat Dr. Maxi, mereka berpendapat bahawa setelah tiga sesi dilakukan untuk berkomunikasi dengan Karl, badan Farisha sudah lemah dan tidak mampu menanggung semua kerja itu. Mereka akan menggantikan Farisha dengan Shida. Mereka perlu membuat persiapan untuk sesi pagi esok walaupun amanah Karl ialah Farisha sahaja yang dapat menyiapkan tugas tersebut.
Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan pakaian Farisha untuk dibawa ke hospital. Dia ternampak fail plastik yang disimpan di dalam almari. Shida membuka fail itu dan membaca dokumen yang ada di dalam fail itu. Dia terkejut kerana Farisha ialah anak angkat yang diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha melaksanakan semua tugas di Soft Lab. Menurut Farisha , dia pengsan kerana tekanan darah terlalu tinggi, masalah keluarga dan kurang tidur. Shida ingin mengetahui keputusan daripada CT-scan. Farisha mengatakan bahawa abangnya telah menjumpai doktor dan keadaannya tidak membimbangkan. Tidak lama kemudian,Rosman dan Shida meninggalkan wad itu kerana Farisha perlu banyak berehat.
Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal wad itu, Farid dan Amin masuk ke wad Farisha. Mereka mengeluarkan piring TV Satelit lalu membaca minda Farisha. Ternyata WALL Farisha pada malam itu tidak fungsi. Dengan mudah, mereka dapat merakamkan ingatan Farisha lalu keluar dari situ. Selepas itu, Aqram melawat Farisha. Farisha masih tidur lena. Ternyata Farisha masih lemah dan tidak dapat meneruskan tugas tersebut. Sebenarnya sebelum itu, Aqram telah bertemu dengan Azraai. Azraai memberitahu Aqram bahawa semua mikrocip masih terletak di tempatnya. Walaupun doktor telah mengesan mikrocip itu melalui CT-Scan tetapi Azraai menerangkan bahawa mikrocip itu digunakan untuk tujuan uji kaji. Dia berbuat demikian atas amanah arwah ibu bapanya, iaitu semua mikrocip mesti kekal di dalam tubuh Farisha dan berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.