Di Mataku
Medium untuk ber'syok' sendiri..
Monday, August 27, 2012
Karangan SPM Kesan Penggunaan Telefon Bimbit
Ini hasil kerja aku ya! Bukan tiru. So, kalau nak cilok bagitau la dulu. Hee :)
Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga yang telah pun mempunyai telefon pintar. Persoalannya, adakah telefon bimbit memberi implikasi baik ataupun impak negatif terhadap masyarakat?
Penggunaan telefon bimbit sudah semestinya banyak membantu dalam komunikasi harian. Kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja, keselamatan seseorang individu juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan bagi mendail pihak polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Perkara sebegini amat penting terutamanya bagi seseorang pelajar yang berada dalam kecemasan. Perkongsian matlumat tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.
Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga dapat merapatkan silaturahim sama ada dengan rakan atau sanak saudara terutamanya yang berada jauh di perantauan. Kita dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos yang tidak terlalu mahal. Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 3G, kita dapat membuat membuat panggilan video kepada orang tersayang. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain mengukuhkan silaturahim dalam kalangan sanak-saudara.
Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif terhadap penggunanya. Pertama, kebanyakan orang yang menggunakan telefon bimbit tidak menggunakannya untuk kebaikan. Hal ini demikian kerana ramai yang menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk tujuan menghantar pesanan ringkas yang tidak berguna seperti memikat seseorang, menghantar pesanan sekadar menghilangkan kebosanan dan sebagainya. Perkara ini akan membawa kepada pembaziran dan seterusnya meningkatkan kos sara hidup.Bukan itu sahaja, pelajar sekolah juga dapat menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan, menganjurkan aktiviti jenayah dan juga menyebarkan video lucah di sekolah. Perkara sebegini akan menyebabkan keruntuhan moral yang teruk bagi generasi muda negara ini.
Di samping itu, sikap remaja zaman sekarang yang suka bersaing dalam mengejar kecanggihan juga amat membimbangkan. Hal ini demikian kerana bukan mereka yang menanggung kesusahan tetapi ibu bapa yang perlu bermandi peluh dalam merealisasikan hasrat anak mereka memiliki telefon bimbit canggih. Bagi golongan yang berpendapatan menengah rendah, sudah pasti perkara ini menjadi beban kepada mereka. Bagi golongan menengah atas pula, mereka sering memanjakan anak mereka dengan membelikan telefon pintar atau telefon canggih lain sehingga mengabaikan tanggungjawab demi pekerjaan semata-mata.
Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak. Perkara sebegini amat membimbangkan terutama kepada usahawan ataupun khidmat pelanggan yang perlu menggunakan telefon untuk jangka masa yang panjang dalam sehari demi pekerjaan mereka.
Tuntasnya, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh kita terima daripada penggunaan telefon bimbit, kita juga akan menerima kesan negatif daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jadi, seseorang perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat dalam kancah pembaziran, jenayah ataupun dihidapi penyakit kronik.
Di MatakuMedium untuk ber'syok' sendiri..Monday, August 27, 2012Karangan SPM Kesan Penggunaan Telefon BimbitIni hasil kerja aku ya! Bukan tiru. So, kalau nak cilok bagitau la dulu. Hee :) Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga yang telah pun mempunyai telefon pintar. Persoalannya, adakah telefon bimbit memberi implikasi baik ataupun impak negatif terhadap masyarakat? Penggunaan telefon bimbit sudah semestinya banyak membantu dalam komunikasi harian. Kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja, keselamatan seseorang individu juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan bagi mendail pihak polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Perkara sebegini amat penting terutamanya bagi seseorang pelajar yang berada dalam kecemasan. Perkongsian matlumat tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit. Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga dapat merapatkan silaturahim sama ada dengan rakan atau sanak saudara terutamanya yang berada jauh di perantauan. Kita dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos yang tidak terlalu mahal. Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 3G, kita dapat membuat membuat panggilan video kepada orang tersayang. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain mengukuhkan silaturahim dalam kalangan sanak-saudara. Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif terhadap penggunanya. Pertama, kebanyakan orang yang menggunakan telefon bimbit tidak menggunakannya untuk kebaikan. Hal ini demikian kerana ramai yang menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk tujuan menghantar pesanan ringkas yang tidak berguna seperti memikat seseorang, menghantar pesanan sekadar menghilangkan kebosanan dan sebagainya. Perkara ini akan membawa kepada pembaziran dan seterusnya meningkatkan kos sara hidup.Bukan itu sahaja, pelajar sekolah juga dapat menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan, menganjurkan aktiviti jenayah dan juga menyebarkan video lucah di sekolah. Perkara sebegini akan menyebabkan keruntuhan moral yang teruk bagi generasi muda negara ini. Di samping itu, sikap remaja zaman sekarang yang suka bersaing dalam mengejar kecanggihan juga amat membimbangkan. Hal ini demikian kerana bukan mereka yang menanggung kesusahan tetapi ibu bapa yang perlu bermandi peluh dalam merealisasikan hasrat anak mereka memiliki telefon bimbit canggih. Bagi golongan yang berpendapatan menengah rendah, sudah pasti perkara ini menjadi beban kepada mereka. Bagi golongan menengah atas pula, mereka sering memanjakan anak mereka dengan membelikan telefon pintar atau telefon canggih lain sehingga mengabaikan tanggungjawab demi pekerjaan semata-mata. Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak. Perkara sebegini amat membimbangkan terutama kepada usahawan ataupun khidmat pelanggan yang perlu menggunakan telefon untuk jangka masa yang panjang dalam sehari demi pekerjaan mereka. Tuntasnya, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh kita terima daripada penggunaan telefon bimbit, kita juga akan menerima kesan negatif daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jadi, seseorang perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat dalam kancah pembaziran, jenayah ataupun dihidapi penyakit kronik.
正在翻譯中..