Setiap bulan memang ada peruntukan untuk menghadiri kursus yang berkait rapat dengan kontraktor. Contohnya seperti bulan lepas saya menghadiri kursus selama sehari di JB. Tidak memerlukan kos yang tinggi kerana ia cuma mengambil masa sehari sahaja. Selalunya ia mengenai teori sahaja.rbanding kursus yang memerlukan masa yang panjang seperti 3hari 2 malam sehingga 5hari 4 malam, ini kerana ia memerlukan teori,praktikal dan peperiksaan. Kadang kala kos satu hari bersamaan dengan kos 3 hari dan kadangkala saya tidak memerlukan kos langsung kerana pihak yang membuat kursus akan menaja semuanya termasuk makanan dan tempat tinggal. Amat penting untuk menghadiri setiap kursus kerana setiap pembelajaran memberi ilmu yang amat berguna untuk menjadikan kontraktor yang mahir dalam setiap bidang yang diceburi. Tidak perlu bimbang juga kerana kursus2 yang disediakan terdapat di seluruh Malaysia cuma pilih sahaja yang mana kita mahu. Ia juga terpulang kepada individu itu ingin menghadirinya atau pun tidak. Mereka nak turut serta atau tidak tidak menjadi masalah tetapi jangan tidak hadir langsung keran ia akan menyukarkan untuk renew lesen kontraktor. Sebab setiap kelas kursus kita akan di beri markah dan perlu di kumpul untuk menepati syarat untuk hidupkan lesen kontraktor.