Remaja merujuk golongan yang berumur belasan tahun dan belum bekerja atau masih bersekolah. Antara budaya negatif yang sering menghantui remaja kita meliputi penagihan dadah, jenayah, dan menyertai kumpulan samseng. Sebenarnya, ada pelbagai faktor yang membawa remaja kita mudah terpengaruh dalam aktiviti sedemikian itu.
Faktor kurangnya pegangan agama menjadi teras menularnya masalah ini terutama dalam kalangan remaja di kawasan bandar. Ketiadaan kefahaman agama yang kukuh telah membawa remaja kita begitu mudah untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik itu. Maka, tanpa pegangan agama kehidupan remaja kita menjadi begitu mudah untuk terjebak dalam aktiviti budaya songsang ini.
Selain itu, remaja kita melihat budaya luar terutama dari Barat itu sebagai sesuatu yang moden dan mengikut peredaran zaman. Mereka begitu taksub untuk meniru budaya kuning itu kerana menyedari itulah norma yang harus dicontohi oleh mereka tanpa sebarang cubaan untuk menilainya sebagai objektif pula. Jadi, persepsi mengenai budaya luar itu sebagai budaya yang mulia telah menjerumuskan remaja kita ke lembah yang hina itu.
Malah, ibu bapa zaman globalisasi ini begitu sibuk dengan urusan pejabat lalu melupakan tugas mendidik anak itu. Ketiadaan perhatian dan didikan ibu bapa telah memudahkan anak remaja kita untuk terpesong daripada budaya tempatan yang penuh kesopanan tersebut. Jelaslah, ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya sendirilah yang menghancurkan masa depan remaja itu.
Namun, kita juga tidak boleh menolak penularan gejala sosial dalam kalangan remaja kita disebabkan oleh rakan sebaya. Remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding masa bersama-sama ibu bapa dan pihak sekolah. Lantaran itu, remaja lebih mempercayai kata-kata dan penerangan rakan sebaya yang sengaja membawa remaja itu ke arah kemudaratan semata-mata.
Kesimpulannya, semua faktor yang dihuraikan tadi memang telah membawa remaja kita terlibat dalam pelbagai aktiviti yang bercorak negatif itu. Semua pihak terutama ibu bapa hendaklah menyedari kemelut ini lalu segera mengambil langkah mencegahnya. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, yang membuktikan betapa pentingnya golongan remaja ini kepada masyarakat dan negara kita.
青少年是指十几岁和不工作或仍然上学。消极的文化之间,经常萦绕着覆盖吸毒、 犯罪,我们青年和暴徒的行列。事实上,是导致的青少年我们在这些活动中受到影响的各种因素。一个缺乏宗教因素是立业之本,尤其是在城市地区青少年倾斜问题。如果缺乏强烈的宗教理解了我们的青春是那么容易做某事,不是件好事。因此,没有举行宗教生活青少年我们变得很容易陷入这种逆向的文化活动。此外,我们看到从西方外来文化作为东西现代和流通的时代青年。他们是如此迷恋复制黄色文化意识到了这些准则,不做任何评价它作为客观无论如何也应仿效他们。所以,外国文化视为贵族文化已打乱我们的青春去山谷,那些卑鄙的小人。事实上,全球化时代的父母是如此地忙于管理办公室过去忘记教育它的任务。缺乏注意力和家长教育促进了我们的青少年偏离了本地文化充满谦逊。很明显,家长们也意识到职业生涯仅摧毁青年的未来。Namun, kita juga tidak boleh menolak penularan gejala sosial dalam kalangan remaja kita disebabkan oleh rakan sebaya. Remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding masa bersama-sama ibu bapa dan pihak sekolah. Lantaran itu, remaja lebih mempercayai kata-kata dan penerangan rakan sebaya yang sengaja membawa remaja itu ke arah kemudaratan semata-mata.Kesimpulannya, semua faktor yang dihuraikan tadi memang telah membawa remaja kita terlibat dalam pelbagai aktiviti yang bercorak negatif itu. Semua pihak terutama ibu bapa hendaklah menyedari kemelut ini lalu segera mengambil langkah mencegahnya. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, yang membuktikan betapa pentingnya golongan remaja ini kepada masyarakat dan negara kita.
正在翻譯中..