Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.