Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menangani gejala sosial ialah ibu bapa dan keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kaslh sayang kepada anak-anak remaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut. Sesungguhnya, anak-anak remaja amat mernerlukan bimbingan ibu bapa dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar