TUJUAN 1MALAYSIA
Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum sebagai senjata utama menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran.
Jika dihayati sepenuhnya, 1Malaysia mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam semua bidang dan disegani seluruh dunia.
Perdana menteri mahukan rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik.
Konsep 1Malaysia juga menuntut setiap warga dan pemimpin memainkan peranan masing-masing justeru prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” menjadi panduan.
Namun tidak semudah sebutan, konsep 1Malaysia menuntut rakyat lebih terbuka, berfikir dan bertindak melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing. Sejauh mana gagasan ini akan membawa negara, sememangnya bergantung pada tahap penerimaan dan penghayatannya.
PERANAN MEDIA
Untuk menyuburkan lagi semangat 1Malaysia, kerjasama pelbagai pihak terutama media, amat diperlukan kerana ia merupakan agen berganda iaitu agen penyebar maklumat agar ia sampai kepada seluruh masyarakat termasuk penduduk di luar bandar dan pedalaman dan agen perubahan.
Masih banyak ruang untuk mempertingkat keberkesanan dan peranan media terutama media alternatif, dalam menyemai dan memupuk konsep itu dengan lebih agresif, kata Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Abdul Mua’ti@Zamri Ahmad dalam satu temubual dengan Bernama baru-baru ini.
“Satu kajian fakulti ini berhubung peranan media dalam menyampaikan konsep 1Malaysia mendapati masih banyak pendedahan terhadap usaha kerajaan dalam menyampaikan konsep 1Malaysia perlu dibuat bagi memastikan ia diserap sepenuhnya oleh masyarakat,” jelas beliau.
Kaji selidik ke atas 500 responden di sekitar Lembah Klang yang menjadi sebahagian daripada tiga fasa dalam kajian itu mendapati penghayatan masyarakat di tahap sederhana.
“Konsep 1Malaysia adalah satu gagasan yang sangat baik kerana matlamatnya jelas untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum, etnik dan agama tanpa ada rasa curiga dan prasangka untuk bersama-sama membangunkan negara,” katanya.
Dr Abdul Mua’ti berkata kaji selidik ke atas kumpulan lelaki dan perempuan yang majoriti berumur 26 hingga 35 tahun dari pelbagai latar belakang memperlihatkan tanggapan mereka terhadap konsep 1Malaysia adalah positif.
“Ia melibatkan 50 peratus lelaki dan 49.6 peratus perempuan dengan 48 peratus (Melayu), 36 peratus (Cina), 15 peratus (India) dan 0.6 peratus (kaum lain).
“Kesimpulannya, lagi tinggi pemahaman tentang konsep ini, lagi mudah untuk masyarakat menerima konsep 1Malaysia”, katanya.
TUJUAN 1MALAYSIAKonsep 1Malaysia bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum sebagai senjata utama menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran.Jika dihayati sepenuhnya, 1Malaysia mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam semua bidang dan disegani seluruh dunia.Perdana menteri mahukan rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik.Konsep 1Malaysia juga menuntut setiap warga dan pemimpin memainkan peranan masing-masing justeru prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” menjadi panduan.Namun tidak semudah sebutan, konsep 1Malaysia menuntut rakyat lebih terbuka, berfikir dan bertindak melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing. Sejauh mana gagasan ini akan membawa negara, sememangnya bergantung pada tahap penerimaan dan penghayatannya.PERANAN MEDIAUntuk menyuburkan lagi semangat 1Malaysia, kerjasama pelbagai pihak terutama media, amat diperlukan kerana ia merupakan agen berganda iaitu agen penyebar maklumat agar ia sampai kepada seluruh masyarakat termasuk penduduk di luar bandar dan pedalaman dan agen perubahan.Masih banyak ruang untuk mempertingkat keberkesanan dan peranan media terutama media alternatif, dalam menyemai dan memupuk konsep itu dengan lebih agresif, kata Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Abdul Mua’ti@Zamri Ahmad dalam satu temubual dengan Bernama baru-baru ini.“Satu kajian fakulti ini berhubung peranan media dalam menyampaikan konsep 1Malaysia mendapati masih banyak pendedahan terhadap usaha kerajaan dalam menyampaikan konsep 1Malaysia perlu dibuat bagi memastikan ia diserap sepenuhnya oleh masyarakat,” jelas beliau.Kaji selidik ke atas 500 responden di sekitar Lembah Klang yang menjadi sebahagian daripada tiga fasa dalam kajian itu mendapati penghayatan masyarakat di tahap sederhana.“Konsep 1Malaysia adalah satu gagasan yang sangat baik kerana matlamatnya jelas untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum, etnik dan agama tanpa ada rasa curiga dan prasangka untuk bersama-sama membangunkan negara,” katanya.Dr Abdul Mua’ti berkata kaji selidik ke atas kumpulan lelaki dan perempuan yang majoriti berumur 26 hingga 35 tahun dari pelbagai latar belakang memperlihatkan tanggapan mereka terhadap konsep 1Malaysia adalah positif.“Ia melibatkan 50 peratus lelaki dan 49.6 peratus perempuan dengan 48 peratus (Melayu), 36 peratus (Cina), 15 peratus (India) dan 0.6 peratus (kaum lain).“Kesimpulannya, lagi tinggi pemahaman tentang konsep ini, lagi mudah untuk masyarakat menerima konsep 1Malaysia”, katanya.
正在翻譯中..