Setiap bulan saya akan peruntukan RM200 untuk perbelanjaan kesihatan dan rawatan. Disebabkan saya kerap sakit saya akan mengembil beberapa suplemen untuk kesihatan diri. Sebagai seorang perempuan yg perlu menjaga penampilan diri, saya akan menggunakan sedikit wang untuk perbelanjaan make-up dan treatment kulit. Kerjaya saya yang perlu menghadap orang ramai perlukan penampilan yang menarik supaya orang lain berasa selesa untuk berkomunikasi dengan saya. Namun, perbelanjaan harian akan dikurangkan dengan membeli barangan yg kurang bahan kimia dan mempunyai harga yang berpatutan. Saya mengambil suplemen kesihatan untuk kekal sihat dan cergas. Saya akan membeli bahan yang mempunyai kesan yg tidak memudaratkan seperti makanan kesihatan herbalife dan kolagen kesihatan. Disebabkan pengambilan makanan sampingan yang menaikkan metabolisme diri saya akan dapat menjimatkan wang daripada rawatan seperti demam, selesema dan batuk kerana suplemen yang diambil akan menjadikan badan saya lebih sihat.