Sinopsis Pesambah
Semenjak Perang Dunia ke-2, Bomber Jacket adalah pakaian seragam yang digunakan oleh juruterbang-juruterbang pesawat pengebom. Jaket tersebut digunakan semasa membuat penerbangan bagi mengatasi suhu dingin terutama sekali di paras altitude yang tinggi. Disamping itu, Jaket tersebut mempunyai nilai yang tersendiri, yang penuh dibanggakan oleh juruterbang-juruterbang pada ketika itu dan dihiasi dengan lambang-lambang skuadron berserta kiraan tugas yang telah mereka jalani. Nilai sejarah Bomber Jacket melambangkan keberanian dan kegagahan yang terus dibanggakan hingga ke hari ini yang mana ianya digunakan oleh perajurit-perajurit terutama sekali semasa hari memperingati jasa perajurit-perajurit yang berjuang semasa Peperangan Dunia Pertama dan Kedua.