8. Yang Dipertua hendaklah mempunyai kuasa melantik dan memecat pegawai-pegawai bagi jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang mengelolakan berbagai-bagai jabatan Pertubuhan atau sebarang daripadanya dengan syarat bahawa Yang Dipertua hendaklah bertanggungjawab kepada Majlis Mesyuarat Agung atas segala perbuatan atau kecuaian seseorang di dalam menjalankan kuasa dan kewajipan-kewajipan. Sebarang yang dilakukan oleh Yang Dipertua di dalam menjalankan kuasa itu hendaklah dengan syarat dipersetujukan oleh Majlis Mesyuarat Agung dengan segera.