pekerjaan yang Betul bermaksud mencari nafkah tanpa mendatangkan keburukan kepada makhluk yang lain. Jikalau seseorang atau sesuatu komuniti menyerah diri kepada kuasa dosa dengan mempergunakan orang lain, ketenteraman dan keharmonian dalam masyarakat itu akan terancam. Pekerjaan yang Betul bertujuan membawa perubahan kepada seluruh kewujudan secara kolektif, pembentukan satu masyarakat yang ideal.