MHTC turut melaksanakan program kesedaran
(Familiarisation Programme, FAM) bagi
meningkatkan kesedaran orang ramai
berkaitan khidmat perubatan dan fasiliti
kesihatan yang beroperasi di Malaysia.
Program tersebut mengetengahkan
golongan doktor, pegawai kerajaan, wakil
fasiliti kesihatan, syarikat insurans dan
wakil media. Hasilnya ketara daripada
catatan 80 peratus pelancong kesihatan
yang memasuki Malaysia adalah dari
negara Asia (2012-2013).