Kemalangan ialah kejadian buruk yang berlaku tanpa diduga dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Kemalangan di jalan raya kerap berlaku di negara ini terutama dalam keadaan jalan raya sesak dengan kenderaan.Punca kemalangan yang pertama ialahsikap negatif pengguna jalan raya seperti suka memandu dengan laju.Kereta yang dipandu terlalu laju sukar dikawal dan diberhentikan jika terdapat halangan di hadapan.Selain itu, terdapat juga beberapa perbuatan pemandu yang boleh menyebabkan kemalangan seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Penggunaan telefon bimbit menyebabkan seseorang pemandu hilang tumpuan dan perhatian.