Baru-baru ini saya telah mengikuti kelas menjahit.Ini untuk membolehkan saya menjahit pakaian tradisional dan moden untuk suami dan kedua anak saya.Saya juga merancang untuk mencari tambahan pendapatan untuk membantu suami menaiktaraf kehidupan keluarga kami.Melalui kelas jahitan tersebut banyak benda baru,tip-tip dan teknik menjahit pakaian yang saya belajar.Sebelum ini saya menjahit tanpa belajr terlebih dahulu.Ini menyebakan jahitan saya kurang kemas dan elok.saya merancang selepas ini untuk menjahit dan menjualnya kepada rakan-rakan dan jiran.Setelah mempunyai modal yang mencukupi saya ingin menyewa tapak perniagaan dan menjual tudung dan shawl jahitan saya disitu.Saya ingin mengumpul modal untuk membuka butik sendiri.Apabila sudah maju saya boleh mengambil pekerja dan tukang jahit lain.Dahulu saya ada belajar kelas membuat kuih tradisional.Ini membolehkan saya mengambil tempahan membuat kuih apabila sesorang itu ingin membuat majlis kenduri atau aqiqah.