Umat Islam pada hari ini baru menyedari bahawa banyak percangahan fakta sebenar yang berlaku mengenai kegemilangan tamadun Islam. Ini menyebabkan ramai orang Islam menggangap bahawa Barat adalah destinasi terpenting mereka dalam mencari ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sedangkan ilmu sebenarnya terkandung di dalam Al-Quran dan Sarjana Islam dulunya menggangap mencari dan mengkaji ilmu bukanlah kerana nama tetapi merupakan tanggungjawab yang berat dipikul sebagai hamba Allah.