Akhir sekali, nilai kerajinan patut diamalkan oleh setiap individu tidak kira tua atau muda. Kerajinan dan nilai bertanggungjawab mempunyai elemen yang hampir sama, iaitu sifat bekerja dalam hidup seharian. Seseorang yang mengamalkan nilai kerajinan akan berjaya berbanding dengan orang yang suka curi tulang. Dalam projek ini, ahli kumpulan dan saya mengamalkan nilai kerajinan dan menyiapkan kerja tanpa memberi alasan untuk mencuri tulang. Hanya pada ketika hampir habis projek, kami bekerja dengan lebih relax dan senang. Satu kaum etnik perlu sentiasa mengamalkan nilai kerajinan agar tidak kalah dalam era yang modenisasi ini, hanya rajin dan tekun boleh mencapai kehidupan yang lebih senang.