alat pengangkutan yang selalu saya gunakan adalah kereta honda civic. kereta inilah yang kerap saya guna untuk ke pejabat dan pulang ke rumah. saya memilih kereta sebagai alat pengangkutan utama adalah disebabkan ia paling mudah, cepat dan selamat. selain itu, saya akan sentiasa memastikan keadaan kenderaan yang saya gunakan di dalam keadaan yang baik dan selamat. pada zaman sekarang kenderaan sendiri adalah keperluan yang paling utama yang perlu kita sediakan supaya kita dapat menrancang masa kita dengan lebih sempurna dan teratur. keadaan sekarang perlu diambil kira dengan keadaan jalan yang sesak supaya kita dapat merancang perjalanan yang lebih efektif yang boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit.